Polis buru lelaki lepaskan tembakan ke rumah penduduk


 POLIS kini memburu seorang lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan di hadapansebuah kediaman dekat Kuala Gula, Kuala Kurau, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang lelaki Cina pada pukul 3 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati pengadu berusia 56 tahun tinggal bersama isteri dan empat orang anak telah terdengar bunyi letupan di luar rumah.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta, motosikal dan pintu cermin rumah mangsa.

“Dalam kejadian tersebut, pengadu dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan pasukan forensik menemui beberapa kesan tembakan dan lima kelongsong peluru kaliber 9 milimeter (MM).

Katanya, siasatan mendapati suspek yang menunggang sebuah motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah mangsa.

Mohd Yusri berkata, pihaknya kini masih menyiasat motif sebenar kejaian dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulhilmi Dahon di talian 013-260 4403.

Rakaman CCTV KEJADIAN: https://vt.tiktok.com/ZSL3ua2VA/

SUMBER:utusantv

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam