Tip selamat bina rumah di tanah sendiri


 1. Periksa batu sempadan tanah anda. Jangan ambil hak orang lain. Upah juruukur bertauliah.

2. Lantik arkitek sebagai consultant. Ia sangat memudahkan urusan owner yang zero knowledge bina rumah. Jangan lupa khidmat lawyer.

3. Arkitek akan bantu buat pelan rumah ikut keperluan & kehendak owner. Susunan & keluasan ruang, arah matahari & kiblat, sehingga urusan dapatkan CCC. Sangat membantu.

4. Rajin cari contact kontraktor seramai yang boleh. Dapatkan quotation & bandingkan harga dari BQ yang sama. Dapat bantu owner bandingkan harga.

5. Jangan lantik kontraktor di kalangan kenalan / saudara. Kelak menyesal tak sudah๐Ÿ™ƒ

6. Selalu lah jenguk pekerja buat kerja. Datang hari-hari lagi bagus. Rajin borak boleh dapat extra ilmu baru.

7. Untuk dapatkan laman yang luas dan selamat pada anak-anak, longkang rumah guna konsep french drain.

8. Kedudukan bilik perlu teratur. Bila solat tidak mengadap pintu bilik air.

9. Arah matahari naik dan turun membantu keselesaan dalam rumah.

10. Sebelum tuang konkrit lantai, pastikan tukang pasang DPM / plastik biru. Boleh elakkan lembapan naik ke lantai dan kerosakan di kemudian hari. Ubat anai-anai jangan lupa.

11. Atas frame tingkap dan pintu, pastikan ada lintel. Ia penting untuk menanggung beban bata di atasnya.

12. Pilih tingkap yang tak banyak frame. Habuk tak banyak melekat dan senang dibersihkan.

13. Pastikan semua wayar elektik samada atas siling atau tanam dalam dinding dimasukkan dalam conduit dengan kemas.

14. Rancang seeloknya bilangan suis & plug yang diperlukan bagi setiap ruang termasuklah untuk TV, unifi, astro, ketuhar, peti sejuk etc.

15. Ada bajet buat siap-siap wiring untuk air condition pada ruang yang dikendaki. Dinding nampak lebih kemas.

16. Rumah satu tingkat lebih baik dan kondusif di masa tua. Tapi saya buat split level untuk penuhi keinginan isteri ๐Ÿ˜…

17. Masa ikat bata, pastikan tukang letak expanded wire mesh / exmet setiap 4 lapisan bata. Ini bagi mengelakkan keretakan dinding. 

18. Untuk pengudaraan dan dalam rumah tidak panas, tinggi siling minima 11ft. Jangan terlalu tinggi sampai susah nak tukar lampu.

19. Sebelum pasang atap genting pastikan letak kertas aluminium. Berfungsi memantul haba panas matahari. Kecerunan atap juga penting untuk elak kebocoran.

20. Study keperluan gutter. Perlu atau tidak di rumah. Kadar selenggara dan percikan air dari lantai perlu diambil kira.

21. Centralised water heater boleh guna PPR / PA. Lebih jimat dari guna cooper pipe. Nak lagi jimat elektrik guna sistem solar.

22. Pemilihan warna cat & pattern tile perlu betul. Jangan terlalu banyak kombinasi warna. Guna warna cerah dan natural.

23. Tinggikan tempat letak washing machine.

24. Letak tangki air luar rumah. Senang untuk selenggara berbanding atas siling.

25. Power outlet di ruang dapur biar banyak. Kalau tak cukup, boleh baran isteri buat kerja.

26. Semasa proses bina rumah, kalau tak puas hati atau ingin pengubahsuaian jangan takut / segan nak bagitau terus pada kontraktor. Nanti rumah dah siap baru menyesal tak sudah.

27. Tabletop tebuk siap-siap wayar untuk cuckoo / coway. Boleh sorok wayar dan kemas.

28. Pilih tile 2x2 buat rumah nampak luas. Tukang tile pon memainkan peranan.

29. Pilih kontraktor yang guna tukang mengikut kepakaran masing-masing. Bukan 1 tukang cover semua kerja. 

30. Buat dapur kering dan dapur basah dalam rumah. Sangat memudahkan isteri.

31. Design dapur dan kabinet serahkan pada isteri. Tempat kerja isteri biar ikut citarasa mereka sendiri.

32. Sebelum pasang pintu, pastikan tukang cat sekali di bahagian bawah pintu.

33. Pemegang pintu pilih jenis handle berbanding knob. Lebih mesra pada kanak-kanak dan orang tua.

34. Kenali tanah anda. Jika ada masalah anai-anai yang teruk buat terus anti termite piping system masa buat foundation rumah.

35. Jangan tanam buccida dalam kawasan rumah kecuali ada laman yang luas. 


Harap membantu.

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi