E-KREDIT RM100 Boleh ditebus mulai isini ini!!

 


Kuala Lumpur: Tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100 sekali bayar buat rakyat Malaysia dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, e-kredit itu akan memberi manfaat kepada 10 juta individu berumur 21 tahun ke atas dengan nilai kos RM1 bilion.

"Seperti saya umumkan semasa peluncuran Ekonomi Madani, kerajaan akan melaksanakan program Emadani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 'one-off' kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion. 

"Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani akan dibuka mulai Isnin 4 Disember hingga 20 Februari 2024 membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna," katanya ketika membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.


Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijamin berkembang pada suku ketiga dengan mencatatkan pertumbuhan 3.3 peratus berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

"Ekonomi kita berkembang 3.9 peratus bagi sembilan bulan 2023, selari dengan unjuran KDNK 2023 sekitar empat peratus," katanya.

Anwar juga berkata, kerajaan juga berjaya meredakan tekanan inflasi yang kini dicatatkan pada 1.8 peratus.

"Bermula dengan kadar empat peratus semasa kerajaan mengambil alih, kini setakat Oktober 2023, kadar inflasi hanya 1.8 peratus; terendah di rantau ini dan lebih baik berbanding kebanyakan negara maju," katanya. 

Beliau berkata tahap pengangguran juga berjaya diturunkan kepada 3.4 peratus setakat September 2023, iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum Covid-19 iaitu 3.3 peratus.

"Walaupun baru setahun, kita laksanakan dasar serta pendekatan yang jelas dan tegas yang tidak dilaksanakan sebelum ini, malah ada langkah Belanjawan Madani Kedua yang sudah pun dilaksanakan," katanya.

Disiarkan pada: November 29, 2023 @ 4:06pm

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi