Wanita selamat selepas sejam diheret buaya


 

Wanita selamat selepas sejam diheret buaya

FALMIRA De Jesus yang cedera dirawat di hospital. FOTO Agensi
FALMIRA De Jesus yang cedera dirawat di hospital. FOTO Agensi 


Falmira menjerit meminta tolong sebelum rakan sekerjanya bergegas cuba membantunya dengan menggunakan galah untuk menusuk buaya itu.

Wanita itu dilihat tenggelam dan timbul kira-kira lebih sejam dalam air apabila reptilia itu bergerak sebelum dia berjaya ditarik dari tempat kejadian.

Dengan kecederaan parah, Falmira dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

WANITA diheret buaya itu selama sejam. FOTO Agensi


Berkongsi detik cemas itu, Falmira berkata, dia menahan kesakitan kerana buaya itu tidak mahu melepaskan gigitannya.


"Lama-kelamaan.... saya berasa semakin lemah. Saya hanya fikir mati kerana saya dibawa dalam air.

"Kini, walaupun sudah terselamat, saya masih trauma dan memikirkan buaya masih ada.

"Saya sangat berterima kasih kepada orang yang membantu saya dan saya amat terhutang budi kerana mereka sudah menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Falmira masih dirawat dan dipantau di hospital akibat cedera pada lengan kanan, peha dan kaki.

Indonesia mempunyai 14 spesies buaya. 

Ahli pemuliharaan percaya, buaya pergi ke kawasan sungai lebih jauh ke pedalaman disebabkan penangkapan ikan berlebihan mengurangkan bekalan makanan semula jadinya. 

Selain itu, ia juga disebabkan kehilangan habitat semula jadi haiwan itu apabila kawasan pantai dibangunkan.


KREDIT SUMBER: myMetro








Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam