Memang suka wanita garang, Iqbal mahu lamar Inspektor Sheila jadi kekasih
KREDIT SUMBER: ohmymedia.cc
Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan posting yang dibuat oleh seorang anggota polis wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila yang mahu mencari calon suami.
Inspektor Sheila cari calon suami
Pegawai polis yang tular disebabkan beberapa video viral sebelum ini mengatakan bahawa sedangmencari calon suami yang masih lagi bujangmemandangkan ramai yang menjadikan statusnya sebagai salah satu perbualan di media sosial.
Dah lama sunyi
Susulan daripada itu, usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli telah ‘menyahut cabaran’ tersebut dengan berminat untuk melamar anggota polis berkenaan.
Menerusi komen yang diperoleh dari laporan di Mstar, Iqbal menyatakan mahu mendekati Inspektor Sheila kerana boleh menghilangkan kesunyiannya.
Rela kena ceramah setiap hari
Dalam pada itu, menerusi Insta Story Iqbal lagi, dia mengatakan yang rela mendengar ceramah setiap hari memandangkan Inspektor itu sendiri pernah mengeluarkan kenyataan “tak kenal, maka tak cinta”.
Memang suka wanita garang
Dia yang ketika ini tidak mempunyai kekasih berhasrat mahu mencuba nasib kerana memang menyukai wanita yang garang.
“Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.
“Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.
“Saya sukakan wanita yang garang… lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja,” katanya.




Comments
Post a Comment