Inspektor Sheila mengaku Iqbal kacak terbuka hati selepas bertentang mata… Sedondon macam pengantin


 IMPIAN usahawan sensasi Iqbal Zulkelfi ingin bertentang mata dengan Inspektor Sheila akhirnya tercapai apabila mereka digandingkan dalam satu sesi fotografi eksklusif bersama mStar.


Malu-malu ketika kali pertama bertemu, Iqbal

atau nama sebenarnya Muhammad lgbal

Zulkefli, 29, tidak mengambil masa lama

untuk menyesuaikan diri dengan pegawai

kanan polis itu.


Malah, sepanjang sesi itu, Iqbal dan Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dilihat tidak kekok bertegur sapa dan sempat bergurau mesra antara satu sama lain.


Iqbal sedia mengenali Sheila lebih rapat.

Kata Iqbal, dia mahu mengenali Sheila dengan lebih rapat dan bersedia untuk melangkah ke hubungan lebih serius jika ada jodoh antara mereka.


"Selepas berjumpa ini saya serius untuk berkawan dengan dia... saya merasakan dia seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dimahukan.

"Saya juga tak mahu berfikir lebih, buat masa sekarang biarlah kami berkawan dahulu," kata labal kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama cari teman hidup, Iqbal Zulkefli mahu lamar Inspektor Sheila jadi kekasih... "Lagi garang lagi saya suka"

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau cinta ditolak

Inspektor Sheila, Iqbal Zulkefli mahu pergi berubat dan mandi bunga

Dalam sesi fotografi ini, Sheila kelihatan anggun mengenakan busana pengantin berwarna hiiau muda dari butik Arma Couture dan sentuhan mekap pula hasil solekan Khai Baha.

Bukan itu sahaja, Iqbal juga sempat mempelajari beberapa perkataan bahasa

Tamil termasuk ungkapan 'saya sayang Kamu”


"Dia cantik dan boleh jadi model. Tapi sebelum ini ramai yang kecam sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas.

"Saya harap dapat mengajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak kecam selepas ini, ujarnya.

Iqbal berkata dia mengikuti perkongsian wanita itu di media sosial dan percaya di sebalik sifat garang yang selalu diperkatakan tentang Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.


Iqbal dan Sheila malu-malu kali pertama bertentang mata.

Sementara itu, Sheila pula tidak menyangka dapat bertentang mata dengan Iqbal selepas nama mereka mula meniadi sebutan ramai beberapa hari ini.

Memiliki ciri-ciri khas lelaki idaman, Sheila juga tidak ada masalah untuk menjadikan labal sebagai teman baiknya.

"Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap labal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar.


Sheila dan Iqbal sedondon mengenakan busana dari butik Arma Couture dan solekan Khai Baha.

"Banyak lagi yang bole saya explore tentang Iqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan.

"Setakat ini saya belum jumpa lelaki yang betul-betul menepati citarasa. ya, saya memang seorang yang memilih," jelasnya.

Nama kedua-dua mereka mula meniadi sebutan selepas Iqbal meninggalkan komen untuk berkenalan dengan Shiela dalam satu artikel terbitan Star sebelum ini.


KREDIR SUMBER: mstar.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam