Hasrat beli polisi insurans bertukar mimpingeri, anak Kak KM derita jantung berlubang


 HASRAT usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM mahu mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan remaja berkenaan.

Kak KM berkata terdapat lubang pada bahagian jantung anak perempuannya iaitu Rania Razman, 13, selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.


Kak KM berkongsi sejak kecil Rania tidak mengalami sebarang simptom.

Sementara itu, Kak KM berkata, sejak

Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami anakya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang.

Bagaimanapun katanya, Rania tidak pernah berdepan sebarang masala kesihatan ketika kecil namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja.

"Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang... tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas," katanya.


Perkongsian yang dibuat Kak KM menerusi

Instastory miliknya.

"Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat," katanya ketika dihubungi mStar.


Kredit Sumber mStar Online



Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi