Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata ? Ambil kau!!!


 Video Rakaman POLIS DIHINA!!!

πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSLM61xsw/


Peraturan 37. Pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib dalam kes sabitan dan tahanan

(1) Jika, setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan syor Ketua Bahagian Sumber Manusia yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan 33(2), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa—

    (a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu;

    (b) kesalahan yang kerananya pegawai itu telah disabitkan tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 46 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu; atau
    (c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai itu, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.


(2) Jika, setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan syor Ketua Bahagian Sumber Manusia yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan 36(2), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa—

    (a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu;

    (b) alasan yang berdasarkannya perintah itu telah dibuat terhadap pegawai itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 46 sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib itu; atau

    (c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai itu, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.


(3) Jika hukuman selain buang kerja telah dikenakan ke atas seseorang pegawai atau jika tiada hukuman telah dikenakan ke atasnya, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pegawai itu supaya menjalankan tugasnya semula.

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam