Tapak kaki terkoyak, kulit badan rasa terbakar, Zul Ariffin puas tunai ibadah haji


 Ibadah haji yang dilaksanakan sebahagian umat Islam di Malaysia sudah menghampiri penghujungnya apabila mereka telahpun selesai melaksanakan semua rukun haji.

Hampir selesai ibadah haji

Begitu juga dengan selebriti terkenal, Zul Ariffinapabila berkongsi momen ketika melontar jamrah di Instagramnya serta penampilan terkini dengan potongan rambut botak selepas bertahallul.

Sudah bertahallul, rambut telah dicukur


Puas laksana ibadah

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Itu telah berkongsi satu ciapan mengatakan yang dirinya puas dan sangat bersyukur dapat menunaikan ibadah haji walaupun kakinya terkoyak serta kulit badannya terbakar disebabkan cuaca yang agak panas di Kota Suci.

Ucap salam Aidiladha dari Kota Suci

Dia juga sempat mengucapkan salam Aidiladhakepada semua memandangkan rakyat Malaysia bakal menyambutnya pada hari esok

Bakal sandang gelaran Tuan Haji

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen dengan tumpang gembira dan bersyukur kerana pelakon berkenaan bakal bergelar ‘Tuan Haji’ apabila selesai beribadah disana.Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Zul Ariffin mendapat haji yang mabrur dan turut mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada selebriti tersebut.

Syukur semua urusan berjalan lancar

Untuk rekod, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin telah berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun lalu dan hampir tiga minggu di sana.

Dia yang sudah beberapa kali mengerjakan ibadah umrah turut banyak menghabiskan masa di Mekah memandangkan mempunyai urusan pekerjaan disana sejak awal tahun ini.


KREDIT SUMBER KEPADA: ohmymedia.cc

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi