Setelah dibelasah di ajak selfie.. kini memjadi buruan polis


 Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Bandar Rinching, Kajang mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas ditumbuk lelaki mabuk dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 17 tahun pada mulanya bertindak menegur lelaki tersebut kerana mengambil payung di dalam premis berkenaan.

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz berkongsi, anak lelakinya berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung. Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. 
“Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk,” katanya dihubungi Harian Metro hari ini.

Dia berkata, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan tersebut dan sudah membuat laporan polis selain meminta kerjasama orang ramai bagi menghulurkan maklumat.


Sumber Artikal:ohmymedia.cc

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam