SELEBRITILeona serius cari ‘boyfriend’, siap letak borang permohonan
Sebut sahaja nama anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, pasti ramai mengenali dirinya lebih-lebih sering menjadi mangsa kecaman warganet kerana berpenampilan seksi.
Terbaharu, perkongsian gadis yang mesra disapa Leona menerusi aplikasi TikTok sekali lagi berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi satu borang permohonan secara terbuka.
Leona serius, sedang cari teman lelaki
Menerusi hantaran tersebut, Leona yang juga personaliti media sosial dilihat mengenakan ‘dress’ pendek berwarna merah jamu dan meletakkan borang permohonan untuk mencari kekasih.
Dalam hantaran tersebut, pempengaruh berusia 20 tahun itu menyatakan dirinya serius untuk mencari teman lelaki dan terbuka sekiranya mana-mana individu berminat membuat permohonan.
“I’m lonely and I need a partner, so fill this out.
“I’m serious by the way,”tulisnya.
Bagaimanapun, Leona menjelaskan borang permohonan tersebut bukanlah dibuat oleh dirinya, sebaliknya diambil daripada pengguna TikTok lain.
SUMBER ARTIKAL DARIPADA: ohmymedia.cc




Comments
Post a Comment