Rahsia pernikahan, Janna, Dini kini suami isteri

 

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann akhirnya menamatkan teka-teki apabila melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di sebuah resort terkemuka di Langkawi, pagi ini.

Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, tepat jam 8.35 pagi.

Dini dan Janna dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin adalah simbolik tarikh perkenalan pada 27 Mac 2019.

Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan selebriti pasangan dua sejoli itu.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.

Pasangan itu seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

Semalam, berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar, ahli keluarga dan rakan artis.

Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini teruja memulakan fasa kehidupan baharu sebagai suami dan mengharapkan setiap langkah melayari bahtera perkahwinan diberkati.

"Alhamdulillah, rasa paling bahagia, maksimum. Lega juga majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka, bermulalah perjalanan baru kami sebagai suami isteri.

"Kami merancang perkahwinan bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga. 

"Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami," ujar Dini.

Dini berkata, dia dan isteri memilih lokasi berbulan madu di Koh Lipe, Thailand.

"Kami tidak sempat merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.

"Tetapi, kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami," katanya.

Dalam masa sama, Janna berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.

"Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni dan soal perancangan zuriat, Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.

"Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.

"Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga," kongsinya.


SUMBER KREDIT DARIPADA:BH ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam