Skip to main content

“Nasib Baik Kaki Perempuan, Kalau Kaki Lelaki?”


 Oleh Farizan Zainal

Sebut saja nama Ismail Izzani, pasti ramai tahu pelakon itu sering terpalit kontroversi sehingga ada yang melabelnya gemar bersosial dan kaki perempuan.

Memetik Utusan Online, Ismail berkata dia akur bahawa itu asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti apabila terjun dalam dunia penuh glamor.

“Nasib baik kaki perempuan, kalau kaki lelaki? (sambil tertawa) Bukankah lagi bahaya? Saya juga ada kehidupan peribadi dan sejak tiga tahun belakangan ini saya cuba belajar menyusun keutamaan dalam hidup seperti membahagikan masa kerja, keluarga dan berdepan kontroversi.

“Saya juga manusia biasa tak lepas melakukan kesalahan. Ini bukan bermaksud saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan saya tak cakap saya menyesal berada dalam bidang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata segala kontroversi membabitkan dirinya mematangkan dirinya untuk menjadi manusia lebih baik serta baginya ada hikmah disebaliknya.

“Kontroversi adalah proses pembelajaran. Bagi saya, ada masalah dalam industri ini normal. Kalau tiada apa-apa yang berlaku dalam hidup bosan juga. Ini adalah cabaran yang saya perlu hadapi sekarang. Jaga reputasi diri, fikirkan soal keluarga dan masa depan.

“Saya percaya sentiasa ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Pokok pangkal bagaimana saya berdepan dan bukan lari daripada masalah,” ujarnya


KREDIT ARTIKAL KEPADA: ROTIKAYA

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam