Letak kereta anak sebagai cagaran, anak ‘merayu’ Ah Long jangan tarik kereta


 Tular di media sosial tangkap layar seorang lelakimenjadi mangsa rompakan apabila keretanya dirampas oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.

Jangan main-main hutang dengan Ah Long!

Kejadian yang berlaku pada waktu siang hari di Butterworth, Pulau Pinang itu adalah disebabkan kegagalan ibu mangsa untuk melangsaikan wang pinjaman ah long sebanyak RM100,000.

Hal ini menyebabkan kereta jenis Perodua Axia milik anak lelakinya itu dirampas tiga orang lelaki upahan di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, ketiga -tiga suspek merupakan lelaki tempatan yang berusia lingkungan 27 hingga 49 tahun.


Padah tak bayar hutang!

Hasil siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 57 tahun itu telah membuat hutang sebanyak RM100,000 sejak tiga tahun lepas.

Dalam perjanjian bertulis, wanita tersebut telahbersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal melunaskan pinjaman tersebut.

Sumber: Twitter @jan_1513 Kosmo ( Siti Nur Erah Amran)

: klik untuk video penuh kejadian:https://vt.tiktok.com/ZSLNVtooa/


KREDIT KEPADA OH MY MEDIA

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam