Suruh Tambah Telur, Sambal & Bilis, Pembeli Kesal Nasi Lemak Dicaj Lebih 50 Sen

 


Seorang pengguna TikTok yang merupakan penjual nasi lemak telah berkongsi sebuah video, memaparkan situasi di mana dia didatangi seorang pelanggan yang mahu membeli sebungkus nasi lemak biasa berharga RM2.


Menerusi video itu, pembeli telah meminta untuk menambah sedikit telur rebus, kacang, ikan bilis dan sambal pada nasi lemak biasa.

Penjual menuruti permintaan


Penjual menuruti permintaan pembeli dan selepas siap membungkusnya, dia mengenakan caj tambahan sebanyak 50 sen, menjadikan hidangan it berharga RM2.50. Namun, pembeli terbabit berasa tidak puas hati dan mempersoalkan harga tersebut.


Penjual nasi lemak menjelaskan harga yang dikenakan berpatutan memandangkan kos bahan mentah yang tinggi. Pun begitu, pembeli tersebut tetap tidak mahu dikenakan caj tambahan dan mengatakan mahu mencari di gerai lain.


Kredit Artikal: LOBAK MERAH

Video kejadian yang dirakam: https://vt.tiktok.com/ZSLRBAnCU/?t=2

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi