NETIZEN TERKEJUT BERUK LIHAT BILIK ANAK CHE TA DAH MACAM ISTANA
Berumur 8 tahun, Aaisyah Dhia Rana yang merupakan satu-satunya anak perempuan Rozita Che Wan sering menjadi perhatian ramai. Meskipun masih kanak-kanak, dia sangat pandai melaram persis ibunya dan kuat berceloteh dengan loghat Utara.
BACA : [VIDEO] Che Ta Suruh Kemas Barang Lepas
Makeup, Anak Menjawab-Uiiii Cerewet
Bilik anak Che Ta macam bilik dalam hotel 5 bintang...Ini tandas ke istana?
Baru-baru in, seorang pengguna TikTok bernama
Nur Khalaf berpeluang datang ke rumah Che Ta dan melawat masuk ke bilik tidur Ecah. Dengan tema pink ala-ala puteri dongeng, terlihat ruangan kamar itu sangat luas dengan bilik air khas di sebelah kanan belakang.
Heavennnnn hangpa, nak jadi anak Che Ta juga..Cantiknyaaaa
Bukan sahaja ada sebuah katil bersaiz besar, bahkan kemasukan ke ruangan tandas juga mengejutkan si perakam. Sekilas pandang, mungkin ada yang tidak perasan ruangan ekslusif it sebenarnya merupakan kawasan mandi. Sejak dikongsikan semalam, rakaman tersebut berjaya meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan.
Tandas dia lagi besar dari bilik kita...Dalam tandas pun boleh tidur
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen kagum dengan tema bilik itu yang nampak mewah termasuklah sampai bahagian bilik air. Bahkan, ada yang berseloroh ruangan tandas bole dijadikan tempat tidur.

Comments
Post a Comment