Najib tidak dapat hadiri bicara 1MDB, hadapi masalah cirit-birit
Perkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni yang dipanggil dalam prosiding hari ini bagi memberikan penjelasan mengenai keadaan bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Dr Mohd Hafiz yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, beliau dimaklumkan oleh pembantu pegawai perubatan pada jam 7.15 pagi ini bahawa Najib tidak sihat dan mengalami cirit-birit.
Katanya, beliau kemudian berjumpa Najib yang mengadu sakit perut, loya dan ke tandas empat kali untuk membuang air besar.
"Kemudian saya memberikan ubat kepada Datuk Seri (Najib), bagaimanapun selepas 10 minit keadaan beliau masih tidak berubah. Saya buat pemeriksaan dan dapati beliau turut mengalami kekurangan air dan sedikit demam dengan suhu 37.8 Celsius.
"Saya merujuk Datuk Seri kepada pakar di HKL dan beliau dibawa ke sana pada jam 9.30 pagi. Ketika itu beliau kelihatan penat, lesu dan kekurangan air.
"Pakar di HKL memberikan cuti sakit selama dua hari… Beliau tidak cergas untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana perlu diberi dripyang dimasukkan salam saliran darah dan tidak mampu berdiri sebab duduk terlalu lama," katanya.
Ketika menjawab soalan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Dr Mohd Hafiz berkata, Najib yang didapati mengalami cirit-birit sejak semalam, dirujuk ke HKL bagi mendapat rawatan yang lebih baik.Sehubungan itu, Sequerah menangguhkan perbicaran hari ini dan esok, prosiding akan bersambung Khamis ini.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Comments
Post a Comment