Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia


 Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia RM69.6 juta. Seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang telah memenangi loteri berjumlah RM69.6 juta iaitu nilai yang paling tinggi dicatatkan dalam sejarah di Malaysia.

Pemenang bertuah tersebut telah memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September lalu. Dia yang berusia 40 tahun itu telah datang menuntut wang kemenangannya dua hari kemudian.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick untuk memenangi slot loteri berkenaan!

Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia RM69.6 juta

“Saya mula bermain Sport Toto empat tahun lalu, tetapi saya hanya membuat taruhan menggunakan nombor plat kereta saya dan saya tidak menang apa-apa.
“Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan untuk makan malam Rabu lalu. Disebabkan jalan yang sesak, saya membuat keputusan untuk mengikut jalan lain.
“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto. Jadi, saya rasa saya patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.
“Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya kepada NST.

Namun, dia tidak memeriksa keputusan pada malam itu sebaliknya kawannya yang memberitahu bahawa pemenang kali ini berasal dari Pulau Pinang.

“Saya tidak menghiraukannya dan hanya meneruskan kerja seperti biasa. Saya pergi bersarapan dan mulakan kerja dari rumah.
“Tiba-tiba perihal loteri itu terlintas di fikiran dan saya mula periksa tiket. Apabila lihat dua nombor terakhir sepadan dengan nombor pemenang, iaitu 52 dan 53, saya yakin yang saya telah menang.
“Jadi, saya meminta abang saya untuk memeriksa nombor tersebut dan saya betul! Saya telah menang loteri itu!
“Kami sangat teruja sehinggakan tidak dapat berhenti menjerit mula berlari sekitar rumah,” katanya lagi.

Memenangi hadiah wang tunai bernilai RM69,637,527.25, lelaki itu mengatakan sebahagian duit kemenangannya akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, membayar pinjaman dan melabur dalam hartanah.


KREDIT: https://selayangpandang.net

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi