Shuhada Dedah Sedang Hamil 10Minggu. Tertanya pada diri mampukah hadapinya


 

Di saat kemelut rumah tangganya dengan Hafidz

Roshdi masih belum menemui tiktik nokhtah,

sebelum ini ramai memberikan sokongan penuh

kepada Shuhada Shukri a.k.a Shu agar dia terus

kuat. Tambahan pula buat masa sekarang, dia

sedang berusaha keras bangkit semula bagi

membina kehidupan baru dengan anak-anak.



Mengalir air mata tak berhenti bila ibu ceritakan pada mahkamah tengah hamil 10 minggu


Namun setelah lebih sebulan is perkahwinannya reda daripada menjadi bualan di media sosial, sebentar tadi ibu 2 anak in membuat pendedahan dirinya sedang hamil sekitar 2 bulan lebih bersamaan 10 minggu. Dalam fasa-fasa getir ini, sudah pasti anugerah indah itu sedikit sebanyak menghadirkan perasaan bercampur baur dalam jiwanya.



Bila baca berita pasal ibu berpantang tu, ibu betul-betul takut


Walaupun sedang mengalami tekanan termasuklah depresi yang agak teruk, dia perlu mengelakkan kebergantungan pada ubat kerana

usia

kandungannya masih terlalu awal. Rupanya siang tadi, Shu telah pengsan sehingga terpaksa berbuka puasa atas saranan doktor demi keselamatan zuriat ketiganya itu.


Maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby...Maafkan ibu sayang


Dalam kedukaan dihadirkan satu kurniaan terindah, Shu enggan terlalu bersangka buruk bahkan terus memanjatkan kesyukuran apalagi dia banyak ditemani orang baik-baik selama ini. Yang berlalu sudah pun berlaku, kini dia enggan lagi menoleh ke belakang.


Kredit : Instagram Shushukrii

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi