"Orang Suruh Saya Duduk Atas Peha", Bella Astillah Dedah Sisi Gelap Industri

Baru-baru industri hiburan tanah air kecoh oleh satu pengakuan berani dari Bella Astillah. Pengakuan ini dibuat melalui sebuah "podcast" yang dikendalikan oleh selebriti sosial media terkenal iaitu Hazeman Huzir dan telah disiarkan di Youtube sejak 5 hari lepas. Pengakuan itu melibatkan sisi gelap industri hiburan tempatan yang diceburi olehnya sejak kecil.


BACA: Bella Astillah Gagal Tahan Sebak, Raikan Hari Wanita Sedunia Dengan Shuhada



Pelbagai Pihak Ambil Kesempatan


Menurut isteri kepada penyanyi lelaki popular tanah air Aliff Aziz ini beliau sering menjadi sasaran kepada pelbagai pihak yang gemar mengambil kesempatan atas kenaifan dirinya yang masih muda ketika itu.

Dedahnya lagi, hal ini amat dipersetujui oleh ibunya kerana sepanjang berkecimpung dalam industri, terdapat insiden di mana seorang lelaki menyuruh beliau untuk duduk di atas pehanya. Jelas pelakon dan penyanyi kelahiran Sabah ini, ketika itu dirinya kurang berani mengucapkan perkataan "tidak" dan mengiyakan apa sahaja yang dipinta.



Tidak Dapat Bayaran Setimpal Dengan Pencapaian


Tambahnya, sewaktu kecil peluang untuk menembusi industri tempatan amatlah sukar sehinggakan beliau tidak pernah bertanyakan soal bayaran yang diperoleh melalui persembahan di pasaraya dan sebagainya. Hal in menyebabkan Bella tidak memperoleh bayaran setimpal walaupun album yang diusahakan bersama adik dan ayahnya berjaya menembusi pasaran Brunei dan Singapura.



Berazam Untuk Berubah

Sedih dengan hakikat tersebut, beliau kini berazam untuk mengubahka dirinya untuk lebih berani dan yakin dengan dirinya agar tidak menjadi sasaran pelbagai pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui sitat naifnya seperti dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

RASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG JAUH DARI KIRUK PIKUK BANDAR DAN KOTA

10 Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi