Posts

Showing posts from June, 2023

BANGGA MINUM ARAK DIDALAM LIVE

Image
  Setiap orang mempunyai masalah tersendiri. Cara bagaimana seseorang itu mengendalikan masalah mereka biasanya menjadi salah satu solusi untuk menyelesaikan kekusutan tersebut. Menerusi video yang tular di media sosial, seorang  wanita berhijab  telah mengalami  mental breakdown  dan memilih melakukan perkara yang kurang baik untuk dirinya sendiri. Tahu air tak halal Menerusi video tersebut, dia telah membuat siaran langsung di TikTok dengan menyatakan yang dirinya  berada dalam keadaan serabut  sambil  meneguk minuman yang  non  halal. ADVERTISEMENT Dia juga dengan bangga mengakui tahu minuman tersebut tidak boleh diminum oleh umat Islam selepas dimaklumkan oleh netizen yang meninggalkan komen di  live  berkenaan. Tiba-tiba kemalangan pula Berdasarkan video seterusnya di akaun TikTok xtraajose itu, wanita berkenaan telah mengatakan yang dirinya terlibat dalam kemalangan ketika masih bersiaran langsung. ADVERTISEMENT Yang non-...

Ikon Permotoran Negara, Haqiem Stopa Diangkut Polis Dalam Op Samseng Jalanan

Image
  Macam ni Ikon Permotoran? Bosan katanya. Tapi itulah apa yang berlaku selepas Haqiem Stopa dilaporkan telah ditahan pihak polis dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pegawai, malam tadi. BACA:   “Hafizh Syahrin Elok Pencen Jela” – Netizen Kesal Influencer TikTok Digelar Ikon Permotoran Anak Muda Memetik laporan Berita Harian, Haqiem dikatakan tiba di Alor Setar dari Kuala Lumpur untuk berniaga. Bagaimanapun, dia datang ke jalan itu untuk menonton perlumbaan haram kerana bosan. Semua 284 motosikal diperiksa dalam operasi itu yang mana 50 motosikal disita. Ini kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Haqiem kemudian dibebaskan selepas diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan perkara itu di mana seramai 284 individu ditahan dan diarahkan menolak motosikal sejauh 3 kilometer ke Balai Polis Trafik Alor Setar. Kredit:  Berita Harian  + B...

Tapak kaki terkoyak, kulit badan rasa terbakar, Zul Ariffin puas tunai ibadah haji

Image
  Ibadah haji   yang dilaksanakan sebahagian umat Islam di Malaysia sudah menghampiri penghujungnya apabila mereka telahpun selesai melaksanakan semua rukun haji. Hampir selesai ibadah haji Begitu juga dengan selebriti terkenal,  Zul Ariffin apabila berkongsi momen ketika melontar jamrah di Instagramnya serta penampilan terkini dengan potongan rambut botak selepas bertahallul. Sudah bertahallul, rambut telah dicukur Puas laksana ibadah Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Itu telah berkongsi satu ciapan mengatakan yang  dirinya puas  dan sangat bersyukur dapat  menunaikan ibadah haji walaupun kakinya terkoyak serta kulit badannya terbakar  disebabkan cuaca yang agak panas di Kota Suci. Ucap salam Aidiladha dari Kota Suci Dia juga sempat  mengucapkan salam Aidiladha kepada semua memandangkan rakyat Malaysia bakal menyambutnya pada hari esok Bakal sandang gelaran Tuan Haji Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen dengan tumpang gembira...

SELEBRITILeona serius cari ‘boyfriend’, siap letak borang permohonan

Image
  Sebut sahaja nama anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu   Kasih Iris Leona , pasti ramai mengenali dirinya lebih-lebih sering menjadi mangsa kecaman warganet kerana berpenampilan seksi. Terbaharu, perkongsian gadis yang mesra disapa Leona menerusi aplikasi TikTok sekali lagi berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi satu  borang permohonan secara terbuka . Leona serius, sedang cari teman lelaki Menerusi hantaran tersebut, Leona yang juga personaliti media sosial dilihat mengenakan ‘dress’ pendek berwarna merah jamu dan meletakkan  borang permohonan untuk mencari kekasih . Dalam hantaran tersebut, pempengaruh berusia 20 tahun itu menyatakan dirinya  serius untuk mencari teman lelaki  dan terbuka sekiranya mana-mana individu berminat membuat permohonan. “I’m lonely and I need a partner, so fill this out. “I’m serious by the way,”tulisnya.   Bagaimanapun, Leona menjelaskan borang permohonan tersebut bukanlah dibuat oleh dirinya, ...

DIJAGA DARI LUMPAH - SIHAT KINI DIMADUKAN

Image
  Walaupun di mulut sudah berkata pasrah, hati wanita mana yang tidak sedih apabila perlu berkongsi suami dengan orang lain? Meskipun poligami dibenarkan dalam Islam, ia amatlah pahit bag isteri pertama yang terpaksa akur dengan pilihan itu. BACA: Setia Di Saat Suami Lumpuh & Muflis Teruk, •Kini Isteri Dapat Balasan Dimadukan 18 hari selepas nikah, Dewa alami muflis teruk... Mula bini kehidupan dari kosong Beberapa hari ini, kisah seorang penuli buku dan pakar motivasi asal Indonesia, Dewa Eka Pragoya yang berkahwin kali kedua dengan wanita muda (24 tahun) cukup mengejutkan ramai. Walhal selama ini, isteri pertamanya, Wiwin Supiyah sudah setia 4 bulan suami terlantar, Wiwin urus & rawat tapa mengeluh Dari dugaan muflis sampailah Dewa terlantar lumpuh selama 4 bulan akibat menghidap Sindrom Guillain-Barre, Wiwin tidak pernah mengeluh apalagi terfikir mahu tinggalkan suami sendiri. Ada di kala susah dan senang, Dewa amat bersyukur dikurniakan pasangan sebaik itu selain p...