Ibu Murid Fitnah Guru Curi Makan Di Kelas Masa Ramadan, Rupanya Berkali Teriadi

 


Tiada angin tiada ribut, seorang guru bernama Cikgu Ros mendapat malu besar selepas difitnah oleh ibu kepada salah seorang muridnya. Kisah bermula apabila wanita berkenaan dilihat memuat naik status WhatsApp mendakwa seorang cikgu telah curi-curi makan dalam kelas di bulan puasa bersaksikan murid sewaktu bertugas.



Cikgu masuk kelas, murid bangun beri salam, cikgu duduk buka bekal makan terhendap-hendap


Awalnya Cikgu Ros abaikan saja khabar angin itu tapa menyangka namanya pula dipetik oleh ibu murid berkenaan. Dalam kesucian menjalani bulan Ramadan, sudah pasti tuduhan sebegitu cukup memberikan tekanan emosi apalagi pendidik ini berisiko dikenakan tindakan tegas ole pentadbir sekolah dan pihak berkuasa. Lebih melampau, status _itu turut disetkan kepada public membuatkan ramai ibu bapa lain turut membacanya.


Harap yang baca status saya taklah ambil serius tentang hal tersebut


Perkara itu kemudiannya diadukan kepada organisasi tertinggi sekolah dan mereka telah pun bersemuka bagi menjernihkan keadaan. Si ibu itu awalnya bersetuju membuat permohonan maaf dan bakal membuat penafian dengan cara muat naik status WhatsApp seperti sebelum ini. Tapi mengejutkan, rupanya dia bertindak memadamkan beberapa nombor contact terlebih dahulu yang kononnya dikatakan tidak penting. Kemudian, barulah dia kongsikan kenyataan maaf itu yang hansas dilikeakoalek beberapa orang saja (Tidak ramai seperti status fitnah tempoh hari).


Takkan sebab teacher punya informer tak dapat tengok status saya,

Teacher Ros tak puas hati?


Apabila ditegur lagi, penjaga ini malah melenting dan seakan-akan menyalahkan guru it semula. Melihat dari perspektif cikgu yang dianiaya itu, pastinya rasa kecewa mash menebal kerana namanya belum dibersihkan 100%. Oleh itu, Cikgu Ros mengambil keputusan melaporkan hal it kepada pihak polis dan juga SKMM.


Ini bukan kali pertama dia fitnah cikgu-cikgu….Tapi tiada tindakan diambil


Rupanya bukan pisang berbuah dua kali, bahkan sudah berkali-kali ibu terbabit mempunvai 'sejarah' memburukkan para pendidik di sekolah rendah sama.

Jika mash terjadi lagi, Cik Ros tidak teragak-agak memfailkan sama malu sekali gus menjadi pengajaran kepada si penyebar fitnah.



KREDIT: kisahdunia.com

Comments

Popular posts from this blog

Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Abang Tesla Terus kena kecam