Bangkok: Lelaki Sepanyol mengaku membunuh dan mengerat mayat seorang lagi pelancong di pulau pelancongan terkenal Thailand, Koh Pha Ngan, baru-baru ini. Polis percaya, bahagian anggota badan termasuk pinggul dan paha yang ditemukan di tempat pembuangan sampah, Khamis lalu, ialah milik pakar bedah plastik Colombia, Edwin Arrieta Arteaga berusia 44 tahun. Ketua Polis Koh Pha Ngan, Panya Nirtimanon mengesahkan, pelancong, Daniel Sancho Bronchalo, 29, yang tiba di Thailand pada 31 Julai lalu mengaku melakukan pembunuhan itu. "Dia mengakui melakukan perbuatan itu. "Mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain sebelum mereka datang ke Thailand dan kegiatannya yang meragukan menunjukkan dia mungkin membunuh mangsa. "Pihak kami masih menjalankan siasatan motif pembunuhan itu," katanya kepada AFP. Media melaporkan, suspek bekerja sebagai tukang masak dan anak kepada pelakon terkenal Sepanyol, Rodolfo Sancho. Gambar suspek kelihatan sepadan dengan gambar di akaun Instag...