Sajat tak nak balik Malaysia, selesa hidup bebas di Australia tanpa sekatan
Usahawan kontroversi yang kini bermastautin di Australia iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat menyatakan dirinya enggan pulang ke Malaysia lagi. Sajat dalam satu klip video berkata, dia tidak akan balik Malaysia lagi disebabkan sudah hidup selesa di Australia sejak beberapa tahun lalu dan bebas daripada sebarang gangguan. “Hidup di Malaysia ni tertekan, orang kacau dengan Papagomo, pastu telefon JAIS tangkap itulah, inilah. Tak nak dah, cukuplah. “Duduk di Malaysia, tak naklah aku. Gila nyah, aku tak nak. Orang Malaysia gila, nanti kalau aku balik, segala malapetaka, ribut taufan, gempa bumi, semua salahkan aku. Aku dah tak nak dah. Cukup! Cukuplah, aku dah tak nak dah,”ujarnya. Nak bawa keluarga duduk sekali Tambah Sajat, jika keadaan mengizinkan dia mahu membawa seluruh ahli keluarganya berpindah ke Australia dan bebas daripada bualan orang tempatan yang sering mencari salah silapnya sebagai seorang transgender. “Bukan aku nak duduk sangat di...